Tuesday, June 20, 2006

FRIENDLY VS KEMBOJA BERSAMA DR ROY ARMAN RAMLI SAIDON

Minggu ini Bolehla fc dan A330 fc tidak mempunyai perlawanan liga.Tetapi mereka tetap bermain untuk perlawanan persahabatan dimana A330 fc akan bertemu pasukan dari Myanmar fc.Boleh la fc pula akan melayan kunjungan negara Kemboja under 20 di RRI esok.
Apa yang saya ketahui kutipan duit tiket yang telah dikumpulkan dari kedua dua perlawanan tersebut akan disumbangkan kepada Encik Hobrohom sempena menyambut tangannya yang telah sembuh sepenuhnya dari jangkitan Kusta Reptizana .Penyakit yang dikatakan amat berbahaya kepada pesakit .Boleh mengakibatkan tangan nya boleh menjadi kaki.
Bolehla fc begitu beruntung .Walaupun kalah dua perlawanan di dalam liga ,mereka tetap menjadi pasukan pilihan untuk negara Kemboja mengadakan perlawanan persahabatan.Ini kerana ,mereka mahu berlatih menjaringkan gol sebanyak yang boleh jika diberi peluang untuk berlatih bersama Bolehla fc.Mereka mendapatkan informasi ini pun dari team line one fc dan team Seat Bay fc.
Namun begitu apa yang pasti Roslan Uri yang marah setelah dikatakan dimakan usia,akan bermain untuk Boleh la fc,bagi memastikan maruah mereka tidak akan tercalar lagi.Malah Boleh la fc juga telah mengimport Referi dari A330 fc untuk mengadili perlawanan esok dan diharap dapat membantu pasukan Bolehla fc mendapat kemenangan mutlak
Harap korang semua yang nak main pun boleh datang.Sebab team Kemboja U-20 ini mengharapkan anda dapat datang .Masih terdapat tempat yang kosong untuk diisi.kita jumpa disana."KaLAU KORANG (BOLEHLA FC) RASA KORANG TERER MEH LA MAIN NGAN KITORANG" ini adalah amaran dari CHIPUT TOREN BUGI, seorang pemain Kemboja fc kepada Bolehla fc.So aku rasa korang jangan la malukan MAS.Dan apa yang penting jangan malukan MALAYSIA.
CHAKRUN CHAK BODJIA !

CHAKRUN CHAK BODJIA !
CHAKRUN CHAK BODJIA !
Bermaksud(kemboja menuju arus getir yang tidak pernah luntur inikan pula bermain bola)

ADIOS
drroyarmanramlisaidon

Monday, June 05, 2006

Asal Usul nama BolehLa FC

Pada tahun 2003 HANGAR PRODUCTION LEAGUE telah dianjurkan oleh hangar production,tapi ketika itu pasukan ini tidak mempunyai sumber kewangan yang begitu kukuh.Jadi mereka melupakan untuk bertanding dalam HPL.
Tapi mereka telah bersedia pada tahun 2004,dimana bos bos sanggup menyeponser pasukan untuk menyertai HPL.Ketika itu lah kami memikirkan nama yang terbaik untuk pasukan ini.Ketika ada yang mencadangkan nama B330 FC.Ini adalah kerana mereka bekerja di pesawat A330.Inilah dialog bersejarah yg telah direkodkan:

Dr roy : amacam geng kita pakai nama b330 fc?
Moon: aku okeh jer.
Dr roy : cakap la betul2
Moon: bole la
Dr roy : jgn bole bole jer
Po gee : aku bole jer
Lang : bole la
Dr roy : wey betul betul la.okeh ke B330 fc?
Pami : bole la
Dr roy : kalau camtu aku letak bolela la?
Pami : ahh bole la
Thayalan :ahh lagi bole. Aku ikut jer
ManTapah :bole lar
Dr roy :ok la aku letak nama bole la fc la
Pogee :bole la


Mereka terus bercakap bole la…bole la…bole la…bole la .bgitu la cerita nya.

HARAPAN
Saya disini ingin sekali mengucapkan agar boleh la fc,boleh memberikan saingan kepada pasukan2 yang lain dalam liga kali ini. Harap bole la fc dapat pergi sekurang-kurangnya keseparuh akhir dalam persaingan perebutan piala hangar production 2006.

Yang Benar

RoyArmanRamliSaidon







BERSAMA DR ROY ARMAN RAMLI SAIDON



Sejarah Boleh La FC
Seingat saya boleh la ni ditubuhkan pada tahun 1997 .tarikh sebetul betul nya saya tak berapa ingat.tapi 1997 saja.Kerana pasukan ini saya yang tubuhkan dan saya terajui semenjak dari penubuhan hingga ketahun 2004.kemudian diambil alih oleh orang yang lebih berkaliber dari saya sehingga adanya website seperti ini.Wa caya lu la.

Pada perlawanan pertama ,pasukan ini masih tidak menggunakan nama Bolehla fc.tetapi nama lain tapi saya tak ingin.Ketika itu pasukan ini sering dibelasah dan dibolosi gol dengan senang sehingga la kehari ini,masih berwatakan yang sama tapi susah untuk ditewaskan.Tapi akhirnya akan kalah jugak.

Ini adalah nama yang digunakan oleh Boleh la fc sebelum mereka menjadi terkenal seperti sekarang ini.

1997-the aprentis
1998-team antarabangsa(international fc)
1999-line sembilan
2000-Boleh la fc

Sunday, June 04, 2006

2005 SQUAD


Yang ni skuad bawah 30 tahun BolehLa FC. Main HP League 2005. Manager masa ni ialah Sapri Goran Eriksson, adik manager England. (tgh duduk pegang bola tu). Pencapaian team tak la baguih sangat, tapi tak la teruk sangat.Kita ada 2 youngsters dari MIAT, Lutfi & Fadli sebagai Forward masa tu( tak der dlm gambor). Lutfi dapat award top scorer season 2005. Tahun ni dia pindah KLIA .. hopefully striker kita kali ni dpt. score lagi banyak.
Team BolehLa tahun 2005 dilanda problem player dtg lambat & ada tak dtg langsung, termasuk manager. Jadi tahun 2006, semoga sumer org dapat main dgn semangat. Walaupun kita tak terrer tapi disiplin kena ada, bak kata pepatah Melayu, " Jangan dipagar nyiur yg condong, kelak membakar diri sendiri". ..Ciao!!

Saturday, June 03, 2006

Veteran


Kenalkah anda player ini?.. Rupa mungkin tak ada. Tetapi sejak 1997,beliau telah mula bermain utk BolehLa FC. Sebut saja posisi mana. Goalkeeper? Striker? Defender?Linesman?Malah dibangku simpanan pun beliau banyak beraksi. Tetap setia bersama Bolehla FC, kerana terlalu mahal untuk pasukan lain ataupun tak laku langsung.
Inilah Uncle Yiow Chong Synn, veteran kita. Jadi bila ke padang ingat muka ini dan jersi no 10 miliknya.

2003/2004 SQUAD




squad 2003 yg di manage oleh PokNik semasa HP League. Hanya mampu meraih tempat ke-4 di Liga. 5 org dari squad ni dah tak main dgn kita lagi.

LOGO KITA


Kita punya logo yg baru dicipta tahun ni 2006